Khamis, 1 Februari 2018

Result STPM PENGGAL 3/2017 dah keluar tadi.

Alhamdulillah..
14/17 orang pelajar lulus.
6 orang Gred A dan A-.
3 lagi lulus sebahagian dalam subjek Pengajian Perniagaan.

Satu pencapaian yang sangat baik selama 7 tahun mengajar subjek bisnes study ni. 😊

Memang nampak mudah bila nak nilai anak-anak remaja dewasa ni dengan Gred  A B C. Tapi mereka juga yang tahu susah dan payahnya. 
STPM ni perjuangan akhir selepas SPM. Lagi satu perjuangan akhir di sekolah menengah.

Ingat lagi dulu pesan cikgu sejarah saya..kalau nak mengaji..biar puashati pakai baju sekolah dan duk dekat sekolah selama 13tahun.
6tahun sekolah rendah
7tahun sekolah menengah.

Tahniah semua anak didik. Tuhan dah bayar apa yang kalian dah usahakan. 

Saya cikgu subjek #STPM. Kami sangat bangga dengan pencapaian kalian. Baik atau tidak kalian tetap anak didik kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pagi petang kalau ada masa jogging best kan. Boleh keluar dari rumah sat..tarik nafas dalam-dalam..pejam mata..tengok pokok-pokok hijau be...