Khamis, 1 Februari 2018

Pagi petang kalau ada masa jogging best kan.

Boleh keluar dari rumah sat..tarik nafas dalam-dalam..pejam mata..tengok pokok-pokok hijau bestnyaaa..
Allah saja yang tahu.

Alhamdulilah Malaysia masih aman dan tetap akan aman dalam Perlindungan Allah ❤

Kalau diberi pilihan nak p supermarket Tesco Mydin Thestor atau padang/taman..saya suka p taman lagi sebab taman lebih mendamaikan...tenang je..

Mungkin juga sebab faktor usia sama kot..hahaha...tu yang lebih pilih tempat-tempat macam ni.

Setengah orang tak suka sebab panas kan. Bahang matahari. Ya la kalau p tengahari memang la panas.

Waktu pagi adalah waktu terbaik untuk beriadah.
Lagi satu..kalau nak tahu panas pagi dapat melancarkan perjalanan darah dan menenangkan diri.

Tu yang kita disunatkan untuk solat sunat Dhuha antara jam 8-12pagi kan. Allah tak jadikan satu perkara tu sia-sia. Allah nak kita ni sentiasa berfikir akan kebesaranNya.

Kalau rasa muka cepat 'burn' bila berjogging pagi atau petang..korang sapulah apa-apa 'sunblock' macam cream UV yang ada SPF50. Tak la susah hati pulak nanti bila balik jogging tu muka burn.

Sihatkan jiwa..tenangkan minda..beri masa untuk diri..ada masa p la jalan-jalan kat taman tu. P pagi atau petang tau..bukan tengahari macam ni 😁

Coretan 12.28 tengahari
#miraiecikguumie
Saya #nurraysaexecutivepartner
Result STPM PENGGAL 3/2017 dah keluar tadi.

Alhamdulillah..
14/17 orang pelajar lulus.
6 orang Gred A dan A-.
3 lagi lulus sebahagian dalam subjek Pengajian Perniagaan.

Satu pencapaian yang sangat baik selama 7 tahun mengajar subjek bisnes study ni. 😊

Memang nampak mudah bila nak nilai anak-anak remaja dewasa ni dengan Gred  A B C. Tapi mereka juga yang tahu susah dan payahnya. 
STPM ni perjuangan akhir selepas SPM. Lagi satu perjuangan akhir di sekolah menengah.

Ingat lagi dulu pesan cikgu sejarah saya..kalau nak mengaji..biar puashati pakai baju sekolah dan duk dekat sekolah selama 13tahun.
6tahun sekolah rendah
7tahun sekolah menengah.

Tahniah semua anak didik. Tuhan dah bayar apa yang kalian dah usahakan. 

Saya cikgu subjek #STPM. Kami sangat bangga dengan pencapaian kalian. Baik atau tidak kalian tetap anak didik kami.

Selasa, 30 Januari 2018

Untuk pelajar lepasan SPM 2017.
ANDA bakal pelajar PRA-UNIVERSITI STPM 2019.
Selangkah lagi ke UNIVERSITI dengan laluan ke DEGREE/IJAZAH SARJANA MUDA.

Pelajar lepasan STPM adalah pelajar yang terbaik👍.
Apply STPM nanti..dijamin masa depan lebih padu.

#stpm

Ambil kesempatan atas diri sendiri?

Opsss selalu kita tahu orang je akan ambil kesempatan atas diri kita..
TAPI..
Yang sebenarnya kita kena ambil kesempatan atas diri sendiri dulu.
Baru betul👍.

Uikss...macam mana tu? Kompius laa pulak.

Macam ni..
Selalunya kita jarang ambil peluang akan kelebihan yang diri kita ada.

Contoh ;
Kita ada kemahiran/kelebihan dalam bidang Jahitan. Kita menjahit hanya untuk diri kita dan anak-anak saja kan..

Apa kata ambil kesempatan lagi atas bakat tu dengan buat kelas jahitan dirumah, ajar jiran-jiran menjahit dan kenakan sedikit yuran.

Nak lagi best buat kelas online. Kenakan yuran murah-murah.

Nak lagi besar buat kelas-kelas di pusat-pusat tertentu jadi tenaga pengajar..kat situ income dah masyukk tebalkan..

Kan dah maju👍.

Gunakan kelebihan yang ada..jangan pendam saja.

Selalunya kemahiran ni zero modal. Modal hanya guna teknik dan pengalaman yang korang ada. Tambah sikit guna air liur tu.😁

Nampak tak?

Kan korang dah ambil kesempatan atas diri sendiri bila korang fikir macam tu. Buat perkara diluar kebiasaan korang buat.

Bestkan😉

Ramai dah yang berjaya ambil kesempatan atas diri sendiri dengan kembangkan bakat atau poket yang ada.

 Daripada buat untuk diri sendiri dan keluarga dah boleh majukan diri dalam bidang bisnes tanpa disangka..

Syok kan..
Dapat tak😊

Jom majukan diri sendiri. Katakan Ya pada diri kita.

Pagi petang kalau ada masa jogging best kan. Boleh keluar dari rumah sat..tarik nafas dalam-dalam..pejam mata..tengok pokok-pokok hijau be...