Khamis, 1 Februari 2018

Pagi petang kalau ada masa jogging best kan.

Boleh keluar dari rumah sat..tarik nafas dalam-dalam..pejam mata..tengok pokok-pokok hijau bestnyaaa..
Allah saja yang tahu.

Alhamdulilah Malaysia masih aman dan tetap akan aman dalam Perlindungan Allah ❤

Kalau diberi pilihan nak p supermarket Tesco Mydin Thestor atau padang/taman..saya suka p taman lagi sebab taman lebih mendamaikan...tenang je..

Mungkin juga sebab faktor usia sama kot..hahaha...tu yang lebih pilih tempat-tempat macam ni.

Setengah orang tak suka sebab panas kan. Bahang matahari. Ya la kalau p tengahari memang la panas.

Waktu pagi adalah waktu terbaik untuk beriadah.
Lagi satu..kalau nak tahu panas pagi dapat melancarkan perjalanan darah dan menenangkan diri.

Tu yang kita disunatkan untuk solat sunat Dhuha antara jam 8-12pagi kan. Allah tak jadikan satu perkara tu sia-sia. Allah nak kita ni sentiasa berfikir akan kebesaranNya.

Kalau rasa muka cepat 'burn' bila berjogging pagi atau petang..korang sapulah apa-apa 'sunblock' macam cream UV yang ada SPF50. Tak la susah hati pulak nanti bila balik jogging tu muka burn.

Sihatkan jiwa..tenangkan minda..beri masa untuk diri..ada masa p la jalan-jalan kat taman tu. P pagi atau petang tau..bukan tengahari macam ni 😁

Coretan 12.28 tengahari
#miraiecikguumie
Saya #nurraysaexecutivepartner
Result STPM PENGGAL 3/2017 dah keluar tadi.

Alhamdulillah..
14/17 orang pelajar lulus.
6 orang Gred A dan A-.
3 lagi lulus sebahagian dalam subjek Pengajian Perniagaan.

Satu pencapaian yang sangat baik selama 7 tahun mengajar subjek bisnes study ni. 😊

Memang nampak mudah bila nak nilai anak-anak remaja dewasa ni dengan Gred  A B C. Tapi mereka juga yang tahu susah dan payahnya. 
STPM ni perjuangan akhir selepas SPM. Lagi satu perjuangan akhir di sekolah menengah.

Ingat lagi dulu pesan cikgu sejarah saya..kalau nak mengaji..biar puashati pakai baju sekolah dan duk dekat sekolah selama 13tahun.
6tahun sekolah rendah
7tahun sekolah menengah.

Tahniah semua anak didik. Tuhan dah bayar apa yang kalian dah usahakan. 

Saya cikgu subjek #STPM. Kami sangat bangga dengan pencapaian kalian. Baik atau tidak kalian tetap anak didik kami.

Pagi petang kalau ada masa jogging best kan. Boleh keluar dari rumah sat..tarik nafas dalam-dalam..pejam mata..tengok pokok-pokok hijau be...